Sunday, 20 December 2015
MENTARANG
Mentarang merupakan sejenis makanan laut yang amat digemari di kalangan warga kampung khususnya bagi masyarakat di Kedah dan Perlis.Baru-baru ini saya pulang ke kampung halaman saya iaitu negeri Perlis,Apabila saya sampai di pekan air hitam kedah baru-baru ini,saya sempat membeli mentarang yang di jual di tepi jalan iaitu di jalan utama antara kangar dan alor setar.saya membeli mentarang dengan harga rm 12 sekilo.di situ juga ada banyak menjual makanan laut yang masih segar serta menjual ikan daripada sawah padi seperti ikan puyu yang di jual pada harga serendah rm 10 sekilo.
Ikan puyu
Apabila saya sampai ke kampung saya di perlis,pada waktu malamnya saya dan keluarga memanggang atau membakar mentarang.Mentarang amat sedap apabila dibakar,semasa membakar mentarang tu elok jika mengunakan sabut atau kulit kelapa sebab ianya lebih sesuai.Apabila mem.bakar mentarang tu cuba pastikan ianya kering jika airnya tidak kering maka mentarang itu tidak masak sepenuhnya lagi. mentarang juga sedap jika di makan dengan sambal belancan
sebelum makan jangan lupa baca doa bagi orang yang beragama islam.selamat mencuba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment